17 February 2013

'Turning point event'

Umur saya makin meningkat tua dan semakin menghampiri kematian. Secara hakikatnya, begitulah.

Salah satu perkara yang akan saya lakukan selepas bergraduasi ialah berkahwin. Ini salah satu perancangan hidup saya yang besar dari segi keputusan memilih calon dan kewangan.

Sebelum ini, saya pernah membantu mengendalikan program dan dari situ sahaja saya dapat melihat banyak kos yang perlu ditanggung untuk setiap perkara. Apatah lagi apabila melibatkan perkahwinan.

Saya juga pernah membantu membuat pemilihan untuk pimpinan sebuah persatuan Islam semasa di UNITEN dahulu dan perkara itu sangat susah. Jadinya, hal memilih pasangan hidup dan bercinta sampai ke syurga akan lebih rumit dan perlu penelitian yang lebih. Panduan Rasulullah ialah agama. Tapi secara praktikalnya, tidak semudah itu.

Perkahwinan adalah turning point event untuk semua orang. Samada kita akan menjadi insan yang lebih bahagia dan membahagiakan pasangan atau kita akan menjadi sebaliknya. Perkahwinan melengkapkan separuh agama dan menutup sebahagian pintu-pintu dosa. Begitulah gambaran perkahwinan secara asasnya.

Walaupun sudah belajar secara teori tentang persediaan perkahwinan dan perkahwinan itu sendiri, hakikatnya, bukan mudah untuk menjadikan teori itu sebagai panduan.

Abah lebih suka jika saya dapat berkahwin lebih awal. Ummi mahu saya bekerja dan stabilkan kehidupan dulu sebelum mahu berkahwin. Kedua-duanya keputusan yang baik untuk saya. Yang menjadi faktor penghalang ialah duit dan calon sahaja sekarang ini.

Doakan saya dapat membina Baitul Muslim idaman dan bercinta sampai ke syurga.

No comments: