16 February 2013

Emosi terlebih

Rajin betul saya menulis kebelakangan ini. haha

Saya ada menerima teguran dari seorang kawan tentang diri saya yang sangat emosional. Saya sedar tentang perkara itu dan cuba mengubahnya. Kadang-kadang berjaya mengawalnya, kadang-kadang gagal mengawalnya.

Banyak perkara bodoh yang telah saya lakukan apabila terlalu emosional. Lepas itu, saya menyesal seorang diri. Selalunya yang berkaitan dengan 'orang itu'. Mungkin perkara ini nampak ketidak 'kelakian' tapi itu perkara yang saya tidak dapat elakkan. Mungkin sifat kurang sabar yang ditambah dengan emosional menyebabkan saya bertindak sebegitu.

Saya sangat tidak sempurna. Saya cuba menjadi 'lelaki' tapi gagal dalam perkara emosi. Mungkin itulah kelemahan yang paling ketara yang saya masih tidak dapat membendung dengan sepenuhnya.

Antara faktor lain yang menjadi punca kepada over emotional ini ialah kerana terlalu mengejar dunia. Terlalu banyak perkara yang saya emosi tentang keduniaan. Mungkin itulah sebab utama kepada perasaan sebegitu.

Doakan saya dapat membuang sifat negatif dan mazmumah itu.


No comments: