27 February 2013

Dulu-dulu..

Dulu, kami pernah bersama selama beberapa ketika. Memang rasa seronok pada waktu itu walaupun tahu perbuatan itu salah di sisi agama. 

Kami sudah berkawan biasa sekarang. Itu pun atas kehendak dia. Rasa sangat sedih dan kecewa sewaktu dia meminta untuk menjadi kawan biasa. Selepas itu, saya pernah cuba untuk bercinta dengan orang lain. Awalnya baik-baik sahaja. 

Kekasih lama gadis itu cuba mencarinya kembali. Atas beberapa sebab yang akan merosakkan masa depan saya, kami berpisah. Dia sedih dengan sikap saya yang cepat mengalah. 

Saya menyesal dengan apa yang telah berlaku. Peristiwa itu menyebabkan masa depan saya berubah. Banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi. 

Rasa keinsafan telah menyelubungi saya. Saya cuba untuk berubah menjadi lebih baik dengan memperbaiki hubungan saya dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Sekarang, barulah saya sedar tentang ujian hati dan wanita yang Allah timpakan kepada saya. Saya tewas dengan ujian itu. 

Harapan saya agar saya tidak diuji lagi dengan ujian yang sama kerana wanita adalah fitnah yang besar di akhir zaman. Saya tidak tahu samada mampu menghadapinya atau tidak andai kata saya diuji sekali lagi.

Ampunkan aku ya Allah. 

No comments: