Seorang sahabat datang ke bilik saya untuk meminjam buku.
Seperti biasa, kami berborak-borak tentang pelbagai perkara sebagai penyeri suasana. Tiba-tiba, dia meminta izin dari saya untuk bertanya soalan. Rasa pelik juga pada mulanya tapi saya bersangka baik padanya.
Tanpa memikirkan perkara yang bukan-bukan, saya membenarkannya.
“Aku tak puas hati betul dengan Allah.”
Saya agak tergamam dengan muqaddimah soalannya itu. Lancar sahaja mulutnya meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Rasa hati membuak-buak untuk tahu persoalannya.
“Macam ni, mak aku baik sangat. Solat tak tinggal, baca Quran. Baik giler lah orang kata. Dia selalu berdoa untuk minta benda ni, tapi Allah tak pernah tunaikan. Apsal ek?”
Persoalan aqidah yang nampak remeh tapi besar signifikannya pada iman seseorang.
“Allah tidak bagi pada kita apa yang mahu, tapi Allah bagi pada kita apa yang kita perlu. Kalaulah semua orang berdoa dan Allah makbulkan, apa makna sikap dan sifat ‘usaha’ dan ‘bersyukur’ dalam kehidupan kita.”
“Kita berdoa dan Allah mungkin makbulkan doa kita. Jika Allah tidak makbulkan doa kita, mungkin dimakbulkan doa kita dalam bentuk yang lain yang kita tidak perasan. Contohnya, kita minta kejayaan yang cemerlang dalam exam, tapi tidak ditunaikan. Sebaliknya, kita diberi kesihatan yang berpanjangan. Semua itu adalah hikmah Allah yang Maha Bijaksana.”
“Mungkin apa yang kita jangka baik untuk kita, buruk sebenarnya untuk kita. Mungkin juga apa yang kita rasa tak baik untuk kita, amat baik untuk kita.”
Saya cuba memberikan jawapan yang semudah mungkin untuk difahami. Dan dia pun mengangguk faham dengan jawapan yang diberikan.
Persoalan aqidah adalah sesuatu yang perlu kita selesaikan sebelum jiwa ini didolak dalik oleh syaitan yang boleh membawa kita pada kekufuran.
Rasulullah berpesan pada sahabat-sahabatnya. “Perbaharuilah iman kamu”. “Bagaimana boleh kami perbaharui iman kami ya Rasulullah?” “Perbanyakkanlah kalimah La IlahaillalLah.”
Moga-moga kita beraqidah dengan aqidah yang sohih lagi benar.
09 November 2009
Tak puas hati dengan Allah
Ceritera Wan Muhaimin al-Kalantani at 11:26 0 comments
Labels: Aqidah
19 September 2009
Salam Syawal
Salam AidilFitri buat semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia terutama kepada sahabat-sahabat saya dan orang yang mengenali diri ini.
Moga-moga anda berbahagia di Hari Raya ini dan benar-benarlah Aidilfitri ini disambut seperti orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
Ikhlas dari saya,
Wan Muhaimin al-Kalantani
Ceritera Wan Muhaimin al-Kalantani at 09:03 0 comments
Labels: Syawal
Subscribe to:
Posts (Atom)
