14 February 2013

Gembira

Alhamdulillah.

Beberapa minggu ini, saya menerima begitu banyak khabar atau berita gembira. Yang paling seronok ialah dapat bersama keluarga selama beberapa hari sewaktu cuti Raya Cina baru-baru ini.

Selangkah lagi kaki ke alam pekerjaan. Senior Manager Ernst & Young Kuantan (EY) meminta saya menghantar resume untuk diserap sebagai permanent staff di sana. EY mengalami kekurangan staf diwaktu peak period. Jadinya, beliau mahu saya terus berada di EY untuk menampung kekurangan staf.

Shell Cyberjaya juga ada menghubungi saya untuk menghadiri temuduga di sana dua minggu lagi. Walhal, saya baru sahaja membuat permohonan pada minggu lepas dan tarikh tutupnya pada 17 Februari 2013.

Hari ini juga saya mendapat emel dari pensyarah UNITEN yang menjadi supervisor untuk project paper final semester saya semasa di UNITEN. Beliau menggunakan kertas kajian yang saya dan dua orang sahabat yang lain usahakan semasa semester terakhir itu untuk International Conference on Teaching and Leanrning in Education 2013 (ICTLE'13) yang akan diadakan di Melaka pada Mei ini.

Itulah beberapa berita gembira yang saya dapat kongsikan disini. Syukur kepada Allah atas berita gembira ini. Inilah berkat doa ibu bapa, keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih semua.

No comments: