08 February 2013

Homesick~

Sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Kali terakhir pada Hari Raya Haji. Kali ini, tiket sudah habis walaupun sudah mencarinya tiga minggu sebelum Raya Cina.

Jadi, terpaksalah tinggal di rumah sewa seorang diri seperti selalunya. 

Seorang kawan ada mengatakan yang saya seperti tidak hiraukan ibu bapa saya sebab saya jarang pulang ke rumah. Pada saya, kepulangan saya kadang-kadang menyusahkan ibu bapa saya sendiri. Tidak banyak yang dapat saya bantu mereka. 

Tinggal berjauhan juga boleh berbakti pada ibu bapa. Cuma dengan cara berbeza. Masing-masing punya cara sendiri untuk berbakti pada ibu bapa sendiri. Tidak perlu bangga diri kerana kita lebih banyak menolong ibu bapa sendiri, lebih dari orang lain terhadap ibu bapa mereka. Yang penting, mereka gembira dengan perangai, akhlak dan cara kita. Bukan kita yang gembira dapat tolong mereka sahaja. 


No comments: