07 February 2013

Gian Menulis

Saya seorang yang suka bercakap. Tapi tak ramai yang ingin menjadi pendengar. haha. Bercakap dan berkongsi rasa dengan orang lain dapat mengurangkan beban dalam diri dan otak untuk orang macam saya.

Sudah lama pendam keinginan untuk menulis tentang semua benda. Lebih-lebih lagi jarang yang baca blog ini, lagilah sedap menggorang ayat. Kalau dulu, semangat menulis, tapi sekarang keinginan itu agak terbatas dengan  masa. 

Jadinya, disebabkan banyak benda yang ingin diluahkan melalui kata-kata tidak kesampaian, maka menulis adalah satu keperluan sekarang ini. Kalau dulu, ada yang sudi mendengar, sekarang agak susah untuk bercakap tentang segala perkara dengan kawan-kawan, sebab mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Makin hari, makin jauh dengan orang-orang yang dahulunya rapat dengan kita. Sama ada disebabkan oleh kesibukan kerja atau jarak jauh. 

Jadinya, akan ada banyak post terbaru menyusul di blog ini.

Terima kasih kerana membaca. 


No comments: