05 August 2009

Kerana 'khinzir'


Sekadar gambar hiasan

UNITEN KSHAS ditutup kerana H1N1.

Exam dan kuiz banyak yang ditangguhkan. Ada yang merungut sebab terpaksa membaca semula fakta-fakta yang telah dihafal. Ada yang gembira sebab boleh belajar dirumah, kononnya.

Pelajar ijazah sepatutnya bercuti dari 10 Ogos hingga 16 Ogos ini. Jadi, banyak perancangan yang tergendala akibat cuti yang terpaksa ini. Sehingga sekarang, tidak sampai 10 orang yang berada di Desasisa Bestari, nama hostel kami. Termasuklah saya.

Tiket sudah dibeli awal-awal lagi bagi tujuan cuti pertengahan semester. Akibat H1N1, saya terpaksa bercuti disini sekitar tiga hari dahulu sebelum bertolak balik ke rumah. Untuk balik ke rumah masing-masing, pengangkutan awam tidak dibenarkan. Bimbang jika kami menjadi penyebar virus ini kepada orang lain.

Sahabat saya sudah merungut. “Ni la kerajaan, orang makin ramai yang sakit, asyik beritahu ‘keadaan masih terkawal’ sahaja. Bila dah jadi macam ni, baru kelam kabut.”

“Mungkin era ‘kerajaan tahu segala-galanya’ masih ada dalam minda mereka” saya cuba memprovokasi.

Perbualan kami yang selalu berbau politik itu adalah perkara biasa. Kerana di Malaysia ini, ‘everything is about politics’.

Hari ini adalah hari kedua kami disini. Tidak boleh keluar masuk dari hostel sesuka hati. Seolah-olah berada di dalam penjara 5 bintang. Sekali keluar, tidak boleh masuk semula sehingga cuti habis.

Ya Allah, jauhi lah aku dari bala bencana ini!!

2 comments:

Dr Zahau said...

salam..farouq...hang jaga diri leklok..

besa la..kerajaan Malaysia..semuanya 'terkawal'..sembunyikan fakta..last2..rakyat yang susah..

bak kata yassin senario..bengap mentega..hakz

Muhaimin said...

btol3..makin hr makin ramai yg hilang nyawa..mungkin inilah namanya, "amaran dari tuhan"..