05 June 2009

Isteri Muda

Tajuk yang sangat sensitif. Tapi sangat menarik perhatian ramai terutama kaum Adam untuk membacanya..hehe

Sebuah kisah benar, tiada sedikit pun tambahan ‘perisa-perisa’ fitnah didalamnya. (-_-)

Kisahnya bermula apabila seorang isteri dimadukan oleh suaminya. Dia ialah isteri pertama kepada suami tersebut. Suaminya hanyalah bekerja biasa-biasa sahaja. Bukan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri, bukan juga pengarah urusan atau CEO mana-mana syarikat GLC. Apatah lagi menteri. Cukuplah untuk menampung makan minum keluarganya.

Suaminya berkahwin lagi satu. Dia kini bergelar isteri tua. Akibat terlalu marah dan cemburu dengan madunya, dia meminta cerai daripada suaminya. Suaminya pun dengan ‘suka hati’nya menceraikan isteri pertamanya tadi. Proses penceraian tetap berlaku walaupun mereka telah mempunyai 4 orang anak. Maka bergelar jandalah akan dia.



Ditakdirkan Allah yang Maha Kuasa, janda beranak 4 itu tadi dipinang orang. Namun apa yang peliknya, dia menerima lamaran tersebut walaupun orang itu sudah pun beristeri. Maknanya dia pun akan bermadu buat kali kedua. Mungkin kerana orang yang meminangnya itu government servant.

Dengan hati yang gembira dan suka, dia pun bernikahlah dengan orang tadi. Secara tidak langsung statusnya kini ialah isteri muda. Seronoklah dia gamaknya apabila bergelar isteri muda.

Fikirnya, isteri muda akan mendapat layanan istimewa dari suami. Tidak seperti isteri tua yang sentiasa akan di ‘nombor dua’ kan. Macam dalam drama-drama Melayu itulah gayanya. Namun suaminya yang kedua itu tadi melayannya seperti biasa. Bukan seperti yang diharapkannya.

Hairan bin Ajaib juga memikirkan tentang perbuatan perempuan tadi. Sanggup bercerai dengan suami pertama semata-mata tidak mahu bergelar isteri tua. Takut benar dia dengan perkataan tua itu agaknya. Fobia dengan perkataan tua.

Kisah ini benar-benar berlaku dan ditulis untuk dijadikan renungan dan muhasabah buat kaum Hawa. Bukan mahu mengaibkan sesiapa.

Wanita memang sensitif dengan perkataan poligami. Agaknya inilah salah satu sebabnya. Termenung panjang saya dibuatnya apabila mendengar cerita ini.

Anda mahu memberikan komen, silakan. Mahu membangkang atau bersetuju dengan saya pun dipersilakan. Saya sekadar bercerita, mana yang baik jadikan pengajaran, yang tidak elok kita sama-sama buang jauh-jauh.

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berpoligami kerana Islam.

Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang berpoligami kerana Islam.


Anda mahu berpoligami atau sudah berpoligami kerana sebab apa pula?

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat zalim.
(Surah an Nisaa’: 3)

6 comments:

Dr Zahau said...

salam,
nice entry..
but the fact that malaysian womens are afraid of poligamy words..is sumething that just cudnt be denied..

Imran said...

payok..
klu aku kawen 3 cmne..??
haha..

Muhaimin said...

Salam
Zahau:>
Btol3...ak setuju..huhuhu

Im:)
Ad org bercerita pd ak, klu kawin satu..mcm jalan kaki..lambat.

Klu kawin dua, mcm naik basikal..tak seimbang memanjang..tp cepat skit dr jln kaki..

Klu kawin 3,mcm naik beca..seimbang la skit..tp slow..

Klu kawin 4, mcm naik kereta..seimbang dan laju...tp penat la nk byr down payment tu..hahaha

Dan yg penting, xde dah muda ke tua..yg tggl cume nombor 1,2,3 @ 4 je...hehehe

Dr Zahau said...

weit farouq..kelakar la part kiasan tu..aku quote dlm blog aku..syukran..

fara anak abah said...

my opinion is..
pernikahan 2 adalah penyatuan 2 manusia scara zahir dan batin..
so..mereka juga perlu bergerak secara berdua..bukan sendiri..if his wife doesnt agree,there must b some reason behind rite?so..no need 2 poligami kalau sebelah pihak je y suka..kalau nak gak,carilah mereka2 y boleh btolak ansur=p

4 me,he is mine and vice versa.
no poligami..its not bout `tua` k..;)

Muhaimin said...

Salam alaik faraheen..lama x dgr cite.
Pasal poligami ni,ak sdg menunggu pandangn dr kaum wanita lah ni.
Dan cerita tu, mmg kisah benar. Aku lihat dgn mata aku sendiri.
Pasal 'tua' tu, ak cuma buat andaian sahaja. Jgn terasa..haha
Thanks for visit..