
Tiba-tiba terasa ingin menulis tentang topik ini. Segala-galanya timbul setelah menonton satu ‘talk show’ yang berkisar tentang cinta. Ianya ditonton bersama-sama dengan ibu bapa saya.
Dalam kelekaan menonton rancangan itu, tidak semena-mena ayah saya bersuara untuk berkongsi sesuatu. Katanya, “ Seorang pernah berkata ‘perasaan cinta itu hanyalah layak untuk Sang Pencipta sahaja yakni Allah swt. Yang layak sesama manusia hanyalah perasaan kasih dan sayang itu sendiri.’”
Kata-kata itu untuk dikongsi dan bukannya falsafah pegangan penulis.
Pendek tapi bermakna.
“Mencari cinta itu suatu seni. Menjaga cinta itu suatu tanggungjawab”
-John Doe
No comments:
Post a Comment