15 February 2009

Nikmatnya Hidup

Sebaik sahaja bangun dari tidur pada suatu pagi, tekak saya terasa kering yang amat sangat. Pada waktu itu, cuaca sangat sejuk terutama waktu malam dan pagi.

Hidung pula tersumbat. “ Mungkin selesema je kot”, saya meneka. Setelah beberapa kali bersin, merah hidung saya dibuatnya. Sudah hampir sama macam badut gayanya.

Nikmat Tidur

Malamnya, saya berbaring untuk tidur. Hidung masih lagi tersumbat. Tiba-tiba, barulah saya perasan punca tekak saya kering. Saya terpaksa bernafas melalui mulut akibat hidung yang tersumbat. Terasa sangat tidak selesa untuk tidur dan amat mengganggu tidur saya.

“Alangkah bagusnya dapat tidur seperti biasa”, saya mengeluh. Barulah saya tersedar bahawa tidur juga suatu nikmat yang patut dihargai.

Doktor oh Doktor



Selain dari masalah-masalah itu, telinga saya juga terasa gatal pada waktu pagi terutama selepas bangun dari tidur.

Setelah beberapa kali berkeadaan seperti itu, ibu bapa saya membawa saya berjumpa dengan seorang doktor. Doktor homeopathy.
Doktor itu bertanya simptom-simptom penyakit saya. Kemudian dia pun memeriksa tekanan darah saya. Katanya, tekanan darah saya tidak sampai 80. Saya ada tekanan darah rendah dan ianya akan memberi kesan kepada jantung saya.

“Kamu ni ada simptom-simptom penyakit resdung. Banyakkan makan sayur. Baru antibodi kamu kuat”, doktor itu menasihatkan saya.

Akur dengan arahan doktor, ibu menyediakan masakan istimewa khas untuk saya; sayur goreng.

Nikmat yang Dilupakan


Peristiwa itu mengajar saya untuk menghargai semua nikmat yang saya ada. Mungkin ramai dari kita buat-buat tak endah dengan nikmat-nikmat yang kecil.

“Manusia ini diamanahkan oleh Allah dengan berbagai-bagai anggota dan itu adalah suatu kenikmatan. Maka ia melakukan maksiat terhadap Allah taala dengan menggunakan anggota tersebut. Ianya seolah-olah kamu meminta dari Allah untuk melakukan maksiat, ini adalah suatu pengkhianatan yang besar dan dikira seorang itu kufur nikmat dan menzalimi diri sendiri dan akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Maka bersedialah kamu untuk menjawabnya dihadapan Rabbul Jalil.”
(Imam al-Ghazali)


Bersyukurlah kita masih hidup dan punya masa untuk bertaubat…

.

2 comments:

kay said...

waduh..terkasima ku membaca karangan mu itu..hahahaha..bgus2..nikmat patut di syukuri..ye r..mmg mcm tuh,ble kte selesa dgn sume bende milik kte,but then once its gone n lost its keselesaan,we do feel its too important for us..

Anonymous said...

bestla blog ni.care penulisan yg best.=).saye suke bace.nice,thumbs up!;)