27 August 2009

Ramadhan: Bagaimana kali ini?

Ramadhan Karim.

Alhamdulillah, kita masih lagi hidup pada hari ini untuk menikmati Ramadhan dan mengambil manfaat yang sangat banyak & sangat besar serta bernilai didalamnya.

Amat malang bagi kita jika kita masih menggunakan teknik dan method yang sama dalam menghadapi Ramadhan pada kali ini.

Kerana apa?

Kerana kita semakin dewasa dan bertambah tua. Jadi, adakah ilmu berpuasa kita pada umur 18 tahun masih sama dengan ilmu berpuasa semasa umur kita 20 tahun? Sudah tentulah tidak jika kita benar-benar orang yang mencari ilmu hingga akhir usia.

Jadi, sepatutnya skill mendapatkan hasil terbanyak dibulan Ramadhan al-Mubarak ini juga perlulah lebih baik. Kemanisan iman dan kemanisan menjalani ibadah berpuasa juga perlu mantap.

Kita masih punya 24 hari untuk memperkemas dan menambahbaik amal ibadah di bulan yang digandakan pahala amalan ini.

Moga-moga kita mencapai objektif puasa iaitu TAQWA.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah :183)

Apa itu taqwa?

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

أما سلكت طريقاً ذا شوك. قال: بلى. قال: فما عملت.
قال: شمرت واجتهدت.
قال: فذلك التقوى،

Ertinya : Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?
Jawab Ubay : Pernah
Umar : Bagaimana kamu lakukan?
Ubay : Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.
Umar : Itulah juga sifat taqwa



6 Ramadhan 1430 H
Muadzam Shah, Pahang

11 August 2009

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?


Sekadar hiasan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

Sumber:YB DUN Titi Serong

08 August 2009

Aku menangis..

Sejak peristiwa ‘itu’, hati saya begitu sensitif dengan perkara yang dikaitkan dengan ibu bapa.

Buat pertama kalinya, saya menangis bila teringatkan apa yang telah berlaku. Menangis bukan kerana ‘itu’, tapi menangis kerana menghampakan harapan dan impian ibu bapa saya.

Ada orang mengambil peringatan dari kesilapan mereka sendiri, tapi saya mengambil peringatan dari kesedihan ibu bapa saya. Kerana impian kita bukan untuk kita semata, bahkan untuk orang yang kita perlu sayang dan cinta tanpa syarat-ibu bapa kita.



Saya mengaku, air mata saya sudah lama tidak mengalir. Bukan tidak mahu, tapi tidak boleh. Sedih dan kecewa itu muncul, tapi tidak air mata. Air mata saya tidak mengalir bila peristiwa ‘itu’ berlaku, akan tetapi ianya mengalir apabila telah hampir tujuh bulan peristiwa ‘itu’ berlaku. Saya tersedar akan hakikat hal ini dalam satu slot yang disusun dalam program orientasi di UNITEN ini.

Sungguh daif dan berdosa diri ini.

Saya menangis sepuas-puasnya ketika itu. Kerana, saya tidak tahu bila lagi air mata ini akan mengalir.

Banyak perkara yang membuatkan saya terfikir dan mengenang kembali apa yang telah saya lakukan kepada dan untuk ibu bapa saya.

Saya jarang berada di rumah. Banyak masa dewasa saya ini dihabiskan diluar dari pengawasan dan kawalan ibu bapa saya. Kurang sangat masa yang dihabiskan untuk berbakti kepada mereka.



Jadi, masa yang saya ada di rumah sekarang ini akan dihabiskan untuk berbakti kepada mereka. Tiada lagi masa untuk bermanja-manja dengan mereka, tapi masa yang ada adalah untuk berbakti kepada mereka.

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). (Surah al-An’am:151)

05 August 2009

Kerana 'khinzir'


Sekadar gambar hiasan

UNITEN KSHAS ditutup kerana H1N1.

Exam dan kuiz banyak yang ditangguhkan. Ada yang merungut sebab terpaksa membaca semula fakta-fakta yang telah dihafal. Ada yang gembira sebab boleh belajar dirumah, kononnya.

Pelajar ijazah sepatutnya bercuti dari 10 Ogos hingga 16 Ogos ini. Jadi, banyak perancangan yang tergendala akibat cuti yang terpaksa ini. Sehingga sekarang, tidak sampai 10 orang yang berada di Desasisa Bestari, nama hostel kami. Termasuklah saya.

Tiket sudah dibeli awal-awal lagi bagi tujuan cuti pertengahan semester. Akibat H1N1, saya terpaksa bercuti disini sekitar tiga hari dahulu sebelum bertolak balik ke rumah. Untuk balik ke rumah masing-masing, pengangkutan awam tidak dibenarkan. Bimbang jika kami menjadi penyebar virus ini kepada orang lain.

Sahabat saya sudah merungut. “Ni la kerajaan, orang makin ramai yang sakit, asyik beritahu ‘keadaan masih terkawal’ sahaja. Bila dah jadi macam ni, baru kelam kabut.”

“Mungkin era ‘kerajaan tahu segala-galanya’ masih ada dalam minda mereka” saya cuba memprovokasi.

Perbualan kami yang selalu berbau politik itu adalah perkara biasa. Kerana di Malaysia ini, ‘everything is about politics’.

Hari ini adalah hari kedua kami disini. Tidak boleh keluar masuk dari hostel sesuka hati. Seolah-olah berada di dalam penjara 5 bintang. Sekali keluar, tidak boleh masuk semula sehingga cuti habis.

Ya Allah, jauhi lah aku dari bala bencana ini!!