Seorang sahabat telah memohon untuk menjadi guru KAFA.
Selepas menyediakan segala dokumen yang diperlukan, beliau pun menghantarnya ke Pejabat Pelajaran Daerah. Prosedurnya cukup mudah.
Selepas seminggu, beliau dipanggil untuk ditemuduga. Sebelum itu, beliau telah mengulangkaji ilmu Tajwid dan tulisan jawi yang telah lama ditinggalkan sebagai persediaan untuk ditemuduga.
Sebaik sahaja selesai ujian bertulis, beliau menunggu giliran untuk ditemuduga.
Sampai sahaja gilirannya, beliau pun memberi salam sebelum memasuki bilik temuduga. Perasaannya cukup berdebar pada ketika itu. Selepas menyerahkan dokumen asal untuk disemak oleh penemuduga, beliau pun ditanyakan soalan.
Pada mulanya, soalan yang ditanya agak mudah kerana ianya berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain.
Namun, satu topik yang sangat tidak berkait langsung dengan guru KAFA ditanya. Antaranya, “Awak pernah menghadiri ceramah politik?”, “Ibu bapa awak sokong dacing atau bulan?”, “Andai kata awak mahu terlibat dengan politik di masa akan datang, parti mana yang akan awak sertai?”
Itu adalah sedikit bingkisan kisah benar yang terjadi di Malaysia.
Benci Politik
Ramai sahabat-sahabat saya yang cukup menyampah dan meluat dengan politik di Malaysia. “Politik ni kotor la”, “Orang politik ni suka sangat menfitnah”, “Cakap tak serupa bikin la YB tu”.
Begitulah antara komen mereka yang membenci politik. Sebelum PRU-12 berlangsung pada tahun lepas, saya telah bertanya kepada seorang pensyarah tentang kawasan mana yang akan beliau undi, ini jawapannya; “Malaysian is always Malaysian”.
Ketidaksudiannya untuk mengundi mana-mana parti politik adalah disebabkan sikap ahli politik yang dirasakannya sama semuanya. Begitulah pendapat beliau tentang politik di Malaysia.
Terkesan Dengan Politik
Walaupun pelbagai alasan dan sebab musabab yang menjadi faktor kebencian ramai orang terhadap politik, mahu tidak mahu, politik akan tetap menyelubungi hidup kita.
Alasannya, kerenah birokrasi akan dilupakan untuk sementara waktu apabila ada campur tangan ahli politik dalam sesuatu perkara.
Pelajar juga terkesan dengan politik iaitu melalui Akta AUKU. Apatah lagi pegawai kerajaan yang terikat dengan AKUJANJI yang telah dibuat.
Waimma nak berkahwin pun ditanya perihal politik; “Keluarga depa tu sokong tang mana..biru ka, hijau?”. Begitulah yang akan ditanya sesetengah keluarga yang agak taksub dengan warna parti yang disokong. Mungkin mahu mengelakkan pecahbelah rumah tangga yang akan dibina akibat berlainan parti yang disokong. Wallahua’lam. Mungkin itu alasannya.
Jika melihat kepada mana-mana syarikat korporat yang besar di Malaysia yang tersenarai di Bursa Saham, salah seorang ahli Board of Directors mereka ialah orang yang amat terpengaruh dalam politik.
Tidak dapat tidak, semua perkara perlu dikaitkan dengan politik. Bukan sengaja mahu mengaitkannya dengan politik, namun begitulah lumrah masyarakat di Malaysia pada masa kini.
Berpolitik atau Dipolitikkan
Nampaknya, sama ada anda suka atau tidak, politik akan tetap menghantui hidup kita. Jadi, pilihlah sama ada mahu berpolitik atau dipolitikkan. Tepuk dada, tanya iman.
Ayatollah Seyed Ali Khomeini pernah berkata: “Orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.
Renung-renungkan...
3 comments:
Salam
Menarik tentang permohonan menjadi guru KAFA tersebut. Menunjukkan betapa "kerajaan"nya pihak kerajaan.
Ana wonder, apa agaknya jawapan yang diberi oleh sahabat nta untuk soalan tu. ;P
Sebab dia dah faham konsep sirr wa hazar, dia cuba praktik konsep tu sewaktu menjawab soalan2 tu..rasanya itu menjawab soalan sdri Syafiqah =)
btol!! ak x suke bab2 warna2 nie...politik just an ideology,not a way of life....it's a different things...
Post a Comment