Saya bukan memilih kerja, tapi saya merancang kehidupan. Saya bersyukur mendapat kerja sekarang ini sebab saya tahu ramai lagi yang masih tercari-cari kerja yang sesuai untuk mereka.
Saya lebih mementingkan masa untuk perkara yang lebih utama. Kerja penting, namun 'kerja itu' juga penting. Malah lebih penting dari dunia dan isinya.
Saya juga mahu kehidupan yang terurus dan teratur. Saya tidak suka di atur dan di program kehidupan saya tanpa mendapat manfaat akhirat.
Seorang ustaz pernah berpesan kepada saya, jadikanlah kerjaya ini sebagai ibadah. Jika mampu, jadikanlah kerja itu sebagai dakwah.
Semoga saya mendapat kerja yang menguntungkan saya dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment