09 May 2009

"Ada masalah tak?"

Siapa yang tidak ada masalah? Semakin kita membesar, masalah kita juga bertambah banyak sama seperti umur kita.

Jadi, jikalau anda rasa yang anda tiada masalah, anda sedang menghadapi masalah besar sebenarnya. Setiap dari kita boleh menyelesaikan sebahagian dari masalah itu sendiri. Namun ada yang dibiarkan berlalu tanpa penyelesaian.

Kadang-kadang, setengah dari kita menganggap masalah besar itu kecil, setengah dari kita pula menganggap masalah kecil itu besar.

Ada yang punya masalah hati dan perasaan, masalah kehidupan seperti kewangan, keluarga, kawan-kawan dan tidak kurang juga masalah akademik. Contoh lain ialah masalah perpecahan rumah tangga:



Oleh itu, jika ada masalah, kembalilah kepada pembuat masalah itu. Yakni Allah. Ingat saja-saja ke Allah ciptakan banyak masalah untuk kita. Maknanya Allah juga menyediakan jawapan kepada segala permasalahan kita itu.

Seorang senior saya pernah bercerita kepada saya tentang salah satu inisiatif yang boleh diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedahnya ialah; 'Istikhorah Al-Quran'.

Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu membaca surah al-Fatihah dan berselawat sebanyak 11 kali. Kemudian, bukalah Al-Quran secara rawak. Anda akan dapat melihat 2 muka surat Al-Quran. Kemudian, bacalah tafsirnya. Disitulah anda akan menjumpai kunci kepada segala permasalahan anda. Yang penting ialah keyakinan kepada Al-Quran yang memberi petunjuk kepada seluruh alam.

Dan Sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami*; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Al-A'raaf: 52)

* Maksudnya: atas dasar pengetahuan kami tentang apa yang menjadi kemashlahatan bagi hamba-hamba kami di dunia dan akhirat.


Apa yang penting ialah USAHA untuk menyelesaikannya. Bukan berjaya atau gagalnya kita menyelesaikan masalah tersebut.

Sekadar berkongsi cerita. Saya hanya membuka pintu, andalah yang menentukan sama ada untuk masuk ke dalamnya atau pun tidak. Renung-renungkan dan selamat beramal.

6 comments:

Ana Farhanah said...

salam...dis is very nice entry..thanks for sharing..ilmu baru nih..(^_^)..gembira utk mengamalkan insha Allah..

Anonymous said...

salam..great post mate!
kebetulan aku pun tgah gelisah sekarang..belajar pun kurang bagus.
insyaAllah aku cuba amalkan..

Muhaimin said...

Salam alaik..
Kpd Mujahidah Solehah & Reezmy, saya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman hidup..moga2 hdup anda lbh bahagia dimasa hdpn...kerana al-Quran lah sebaik2 panduan hidup sepanjang zaman.

Rifqi Al-lil said...

Salam muhaimin. kalau nk kawin lagi tapi isteri xbagi tu masalah rumah tangga jugak ke? haha

Muhaimin said...

W'slm Rifqi Al-Lil....yup...al-Quran ad crite ttg poligami dlm quran...ad syarat yg perlu dipatuhi oleh suami. Tp kan...ad ke wanita normal yg mahu bermadu ek..?? Ke En. Rifqi kenal mane2 wanita yg rela dimadukan...huhuhuhu

Rifqi Al-lil said...

haha. normalnya wanita yang rela bermadu ni susah nk cari. Takpe muhaimin. kita carilah sama2. insyaAllah ..perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. Annur : 26.