Dia kini sedang mengikuti program Cambridge ‘A’ Level dan akan tamat pada bulan Jun ini. Kami bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing sekarang ini .
Panggilannya lebih kepada berkongsi rasa dan cerita tentang program persediaannya. Ceritanya, dia akan menduduki peperiksaan akhir pada bulan Mei ini. Dia amat risau dan gelisah tentang masa depannya andai tidak dapat menyambung pelajaran di luar negara.
Andai gagal, malunya bukan kepalang. Sedihnya bukan sebarang. Dia belum bersedia untuk gagal. Perjalanan hidupnya harus berada di atas landasan yang sudah disusun cantik. Andai tergelincir, lambat dan susah untuk diperbetulkan. Hanya yang pernah melalui kegagalan itu tahu akan bagaimana rasa sedihnya.
Manusia secara fitrahnya, merasai perasaan sedih dan risau ataupun gelisah. Beza antara kedua-duanya ialah, risau atau gelisah ialah perasaan kepada perkara yang akan berlaku.
Manakala sedih pula ialah perasaan kepada perkara yang sudah berlaku. Nabi Muhammad sendiri pernah berasa sedih atas kematian bapa saudara dan isterinya yang tercinta. Ini menunjukkan bahawa perasaan sedih itu sememangnya suatu fitrah yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun.

(Sekadar Hiasan)
Kita berlindung dari rasa sedih bukan dengan menghindarinya, tetapi agar perasaan itu tidak merosakkan iman kita.
Kita tidak tahu sebesar mana ujian Allah terhadap kita. Kita juga tidak tahu bila Allah akan menguji kita. Mungkin ditengah kegembiraan kita bersama rakan-rakan, kita menerima berita yang menyedihkan. Boleh jadi ketika kita sedang ditimpa kesusahan, Allah datangkan pula kesusahan lain yang lebih berat. Firman Allah:
“ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)
Mudah-mudahan kita lebih bersedia dengan segala ujian dan dugaan Allah ke atas kita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
Apa ertinya hidup bertuhan andai diri tidak reda dengan ketentuannya.
5 comments:
walopon akoo leh agk sape member kite tuh..huhu,but then...please let him know that the one who decide everything is not us....what we can do is push..and push.. and push.....as hard as u can and pray....God knows what the best for us.....=)
"Andai tergelincir, lambat dan susah untuk diperbetulkan. Hanya yang pernah melalui kegagalan itu tahu akan bagaimana rasa sedihnya."
indeed, its really true.
:(
"jadilah dirimu di sisi ALLAH sebagai orang yang paling baik,jadilah kamu disisimu sendiri sebagai orang yang paling buruk dan jadilah kamu di sisi manusia hanya sebahagian kecil dari manusia sahaja..."
tidak perlulah bersedih kerana sedikit ujian ini...
watak crite,chip(bkan nme sbenar)..haha
http://azanabdullah.blogspot.com/
kena banyak baca seerah utk kuatkan semangat.
skali rebah bukan slamanya kalah.
mmg susah untuk bangun tanpa azam n niat yg kuat utk usaha ubah diri.
semuanya kembali pada Al-Khaliq dan diri sendiri.
Post a Comment