29 December 2008

Muqaddimah 1430 H...

Agak lama saya tercari-cari idea untuk menulis. Mungkin disebabkan ini kali pertama saya menulis di dalam blog, jadi idea untuk menulis itu lambat sekali datang.

Walaupun ini pertama kali saya menulis di dalam blog, namun sesuatu yang menarik harus dibicarakan dahulu sebagai pembuka bicara.

Mungkin lebih baik dibicarakan tentang kehidupan kerana blog ini pun lebih bertemakan kehidupan.

Mungkin sebab itulah ianya berwarna hijau. Namun yang pasti, ia bukannya disebabkan mana-mana parti politik yang saya sokong.=)

Tahun baru hijrah sudah menjelma. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan saya. Segalanya pasti perlu diubah memandangkan segala perkara yang lepas begitu mengecewakan. Begitulah kehidupan, tidak pernah lekang dari dugaan dan ujian. Kadang-kala kita diatas, kadang-kala kita dibawah.



Walaupun realitinya begitu, namun sesetengah dari kita masih lagi mengharapkan kehidupan yang sempurna tanpa ada cacat celanya. Diari kehidupan yang masih ditulis perlu kelihatan sempurna. Kegagalan akan mencemarkan diari hidup mereka yang mahu kelihatan sempurna. Namun tanpa ujian dan dugaan, kita tidak akan mengetahui apa itu kehidupan. Hidup ini seolah-olah diatur oleh kita sendiri. Sedangkan yang sebenarnya, kita cuma merancang. Walhal ALLAH lah yang mengaturnya sejak kita berada di alam roh lagi.

Hakikat kehidupan itu sememangnya pahit untuk diterima. Kegagalan dan kejayaan itu lumrah kehidupan yang sangat dekat dan sentiasa mengekori kita. Mahu tidak mahu, itulah yang perlu kita hadapi saban hari.

Walau apapun yang anda dan saya akan alami dan lakukan di masa hadapan, semoga kehidupan anda dan saya terus ceria dan tidak terganggu oleh realiti hidup.

Salam Maal Hijrah 1430 H

3 comments:

Anonymous said...

Smart ko nye blog...
Jealous aku ciut..

Dr Zahau said...

salam..ni link blog ak(surau arcade),,bleh la jgk2..syukran alaik

Anonymous said...

WAHAI SAHABAT.....jagnlh tlalu mnonjolkan kgagalanmu...
gagal sekali x bmakna kita gagal seumur hidup ...
liku pjalann masih jauh,,,
akuuuuuuu snasib dgnmu dan amat sukar utk menerimanya pd saat mula,,tapi take it positive,Tuhan sedang uji kita,,,,
mgkin kita dsini lebih baik dr disana....u know me.
mgkin kita leka dgn dunia di saat org lain sibuk brusaha,or mgkin usaha kita masih blm cukup ke sana......
sempena thun baru hijrah ni,,do ur postmorterm 2008,and sama2 kita pbaiki kelemahan lampau..
rasululah ada kata ...tsilap @gagal skali x apa,but 4 the 2nd,mean somebody who is very stupid,nauzubillah.......
see u soon